Jumaat, 31 Mei 2013

REUNION MANTAN JAKSA KKSI



Pada 25 Mei 2013, yang lalu, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Asrama (JAKSA) Kolej Kediaman Sutera Indah telah mengadakan Malam Perdana Siswi KKSI... Mantan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Asrama (JAKSA) Kolej Kediaman Sutera Indah sesi 2011/2013 telah dijemput ke program tersebut.

Kenangan JAKSA merupakan kenangan manis dalam hidupku yang tak dapat dilupakan...








SELAMAT DATANG ADIK-ADIK TAMHIDI

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada adik-adik lepasan SPM yang terpilih masuk ke Universiti Sains Islam Malaysia... Ahlan Wa Sahlan Marhaban Bikum....
Semoga adik-adik  dapat memanfaatkan peluang menimba ilmu semaksimum mungkin di Usim supaya beroleh impak dan kejayaan yang kalian impikan Insya Allah.
 Adik-adik,, jangan lupa tanggungjawab adik-adik yang utama ketika di Universiti ialah menuntut ilmu. Kerana ilmu tidak akan diperolehi tanpa usaha. Menuntut ilmu tanpa guru umpama belajar dengan syaitan. Sesungguhnya amat berbeza orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

 Kita bermusafir, adalah untuk mendapat kemuliaan melalui 5 kelebihannya. Menurut Imam Syafi'i, melalui bermusafir itu, akan menghilangkan kesedihan. Apabila di dalam perjalanan itu kita dapat melihat keindahan serta kekuasaan Allah s.w.t. dan menginsafi akan kekerdilan diri sebagai manusia. Maka, kita akan melihat kesusahan kitahanya sedikit berbanding orang lain.

Bermusafir juga mampu membantu kita untuk memulakan hidup yang baru. Menilai diri serta bermuhasabah atas kesalahan dan kelemahan dalam kehidupan. Ada juga dikalangan kita yang bermusafir kerana menginginkan ilmu untuk kehidupan. Ilmu tidak datang di dalam kelas-kelas pengajian yang statik tetapi ia akan lebih jelas dan indah apabila dilihat, diamal serta dihayati dengan kebesaran Allah s.w.t..

Apabila banyak kita berjalan, maka luaslah pemandangan. Banyaklah perkenalan dan bergaul dengan ramai manusia yang kita jumpai. Belajarlah darinya melalui peragai dan ragam mereka. Sekaligus itu akan menguatkan jiwa kita apabila pengalaman dan ilmu berjaya di satukan. Mudah-mudahan, niat kita bermusafir akan lebih bermakna dan membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.

Gambar kenangan bersama rakan-rakan sekelas di Pulau Langkawi...
 



UJIAN KEHIDUPAN

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. 

Ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, pelajar akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut pelajar membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan sem lepas atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di IPT, bukannya berdasarkan minat seseorang pelajar.Utamakan Subjek yg "killer" dulu. maksudnya banyak kiraan atau teori fakta.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan pelajar bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam masa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
b) Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. 
c) Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di kelas mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah.
e) Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
f) Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. 
g) Pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. 
h) Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang.
j) Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. 

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti. 

SAMBUTAN HARI GURU USIM


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Kelab Sahabat Kembara Ilmu Universiti Sains Islam Malaysia buat julung-julung kalinya  telah mengadakan sambutan Hari Guru USIM peringkat universiti pada 16 Mei 2013 yang lalu.

Bertemakan Guru Malaysia: 1 Agenda, 1 Aspirasi, sambutan Hari Guru USIM diadakan bertujuan menghidupkan suasana menghargai pensyarah atas jasa dan pengorbanan mereka yang telah memberi tunjuk ajar dan panduan.

Program ini telah berlangsung bermula dari jam 9 pagi sehingga 5.00 petang di Perpustakaan USIM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan cerita ”Laskar Pelangi”, pertandingan fotografi ”Seni Di Hujung Lensa”, pertandingan mereka kad ucapan, pameran KUIM-USIM, jualan buku karangan pensyarah USIM dan debat Hari Guru.

Pada pendapat saya, sambutan Hari Guru wajar dianjurkan di IPT bagi menghargai jasa mereka..
 

MIMBAR ILQA' MEDIUM SUARA MAHASISWA




Mimbar ilqa’ atau lebih dikenali sebagai Speaker’s Corner ini bertujuan untuk membudayakan ilmu dan memberi ruang kepada mahasiswa/i USIM dalam menyuarakan pandangan dan idea secara kritis serta dapat mengembalikan kegemilangan suasana kemahasiswaan di kampus USIM. 
 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama badan persatuan dan kelab di bawah kelolaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM menganjurkan Mimbar Ilqa’ setiap Rabu pada  jam 1 sehingga jam 2 petang bermula pada 13 Mac  2013.
Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) dan Medan Selera dipilih sebagai lokasi yang strategik untuk mngadakan Mimbar Ilqa’ kerana kedua-dua tempat ini merupakan kawasan tumpuan pelajar USIM berkumpul.