1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk
belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan
mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini
kerana apabila tiba hari peperiksaan, pelajar akan belajar subjek yang
akan diuji pada hari pertama peperiksaan.Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang
menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut pelajar membuat
banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain
mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan sem lepas atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan sem lepas atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran
atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini,
jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya
merangkumi semua.Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua
subjek dipelajari di IPT, bukannya berdasarkan minat seseorang
pelajar.Utamakan Subjek yg "killer" dulu. maksudnya banyak kiraan atau
teori fakta.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan pelajar
dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk
mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan pelajar bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya
dalam masa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta
semangat dengan belajar secara berterusan.
b) Dalam pada itu, kesihatan
diri jangan diabaikan.
c) Tidur hendaklah mencukupi supaya anda
sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada
ketika di kelas mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah.
e) Setelah segala persiapan diri sudah
dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak
dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan
penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan
peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari
peperiksaan.
f) Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam
hari peperiksaan.
g) Pada hari peperiksaan. Bangun
dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun
pastikan anda bersarapan terlebih dulu.
h) Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda
perlu tenang.
j) Pembahagian masa yang betul amat perlu
ketika menjawab soalan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu,
anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh
mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah
supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap
peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang
dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin
dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal
lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha
itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri,
malah mencapai kejayaan.
Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan