Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Kelab Sahabat Kembara Ilmu Universiti Sains Islam Malaysia buat julung-julung kalinya telah mengadakan sambutan Hari Guru USIM peringkat universiti pada 16 Mei 2013 yang lalu.
Bertemakan Guru Malaysia:
1 Agenda, 1 Aspirasi, sambutan Hari Guru USIM diadakan bertujuan menghidupkan suasana menghargai pensyarah
atas jasa dan pengorbanan mereka yang telah memberi tunjuk ajar dan panduan.
Program ini telah berlangsung bermula dari jam 9 pagi sehingga 5.00 petang
di Perpustakaan USIM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan cerita
”Laskar Pelangi”, pertandingan fotografi ”Seni Di Hujung Lensa”, pertandingan
mereka kad ucapan, pameran KUIM-USIM, jualan buku karangan pensyarah USIM dan
debat Hari Guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan