Jumaat, 31 Mei 2013

AKSIS IKTIRAF SUMABANGAN PELAJAR


Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa 2012 (AKSIS 2012) pada 20 Mei 2013 bertempat di Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.
 
AKSIS 2012 diadakan bertujuan menghargai sumbangan dan pencapaian pelajar dalam pelbagai program kemahasiswaan yang berperanan dalam melonjak dan mengharumkan nama USIM. Selain itu, program ini dapat meningkatkan lagi motivasi berorganisasi pelajar dan memupuk minat lebih ramai pelajar untuk terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Hilyati Muhammad Nasir, Timabalan Pegawai Eksekuutif SME Copration Malaysia dan turut dihadiri oleh Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahamad, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM serta dekan-dekan, egetua-pengetua kolej kediaman dan pegawai pengurusan HEP.

Sebanyak 16 anugerah telah dipertandingkan pada malam tersebut iaitu Anugerah Cemerlang Kepimpinan Pengurusan kategori individu dan berpasukan, Anugerah Cemerlang Kepimpinan Pencapaian kategori individu dan berpasukan, Anugerah Cemerlang Sukan kategori individu dan berpasukan, Anugerah Jasa Bakti kategori Sukarelawan dan Pembangunan Insan, Anugerah Cemerlang Seni kategori induvidu dan berpasukan, Anugerah Cemerlang Usahawan, Anugerah Perdana Emas, Anugerah Khas HEP, Anugerah Sumbangsih, Anugerah Perdana Siswa dan Anugerah Perdana Siswi.

Sangat bersykur kepada Allah S.W.T kerana diri ini telah telah memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Jasa Bakti dan Anugerah Perdana Siswi... kemenangan ini merupakan kemenangan yang tidak dijangka... Kemenangan ini merupakan tanggungjawab besar untuk terus berbakti pada masyarakat.. 

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM, Fakulti Pengajian Bahasa utama kerana diri ini dicalonkan dalam AKSIS ini... 

Tidak dilupakan juga, ingin mengucapakan terima ksih kepada ibu saya Kostiyah binti Mohd Salleh yang menyokong saya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum... Terima kasih jugak kepada sahabat-sahabat MPP USIM, JAKSA KKSI 2011/2012 dan sahabat-sahabat yang lain...
 
Bersama semua penerima anugerah AKSIS.

 Bersama Naib Canselor USIM, Prof. Dato' Dr Asma Ismail.
Anugerah Perdana Siswa : Mohd Nurhakimi Yaman.

Anugerah Perdana Siswi : Fatimah Azzahra' Harolizam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan